Skip to main content

5 Perkara Asas Untuk Dapat Solekan Seperti Tunku Tun Aminah

5 Perkara Asas Untuk Dapat Solekan Seperti Tunku Tun Aminah
Sekitar dua tahun lalu, `penulis sendiri pernah menemu bual Tunku Tun Aminah tentang rahsia kecantikan beliau. Kalau kamu nak tahu, dalam kebanyakan masa, Tunku Tun akan menyolek dirinya sendiri tau. Hebat tak?
Biarpun status yang dipegangnya itu bersifat agung, Tunku Tun tak pernah sekalipun menggunakan ia sebagai alasan untuk hidup mewah senantiasa. Tak semestinya seorang puteri perlu menggunakan khidmat profesional sepanjang masa seperti yang kita selalu bayangkan. Selain menjadi seorang yang merendah diri, ini lima (5) perkara asas yang kamu perlu praktikan bagi mendapat hasil solekan persis si Puteri Johor.

#1 Anggap Kulit Sebagai Kanvas 

Beli mekap mahal-mahal tapi kulit kamu berparut dan tidak terjaga? Itu merugikan diri namanya. Menurut Tunku Tun sendiri atau lebih senang dipanggil Ku Na… penjagaan kulit adalah yang paling utama kalau mahu diri kelihatan cantik senantiasa.

Untuk menjaga kulit menurut Ku Na, beliau tidak mengamalkan sebarang petua pun tetapi akan kerap mencuci muka -sebanyak tiga kali sehari menggunakan rangkaian produk kecantikan tertentu termasuklah produk dari jenama Aesop.

#2 Maskara Wajib Di Alis!

Dalam sebuah temu bual bersama Ku Na, beliau menjelaskan betapa maskara adalah sahabat baiknya apabila menyentuh soal solekan. Sebagai seorang yang ringkas, menurut Ku Na, beliau hanya akan menyapu beberapa lapisan maskara namun tidak berapa gemar memakai pembayang mata.

#3 Hanya Gincu Merah Atau Blush

Jarang sekali melihat Ku Na memakai gincu rona merah jambu terang atau gincu yang berwarna gelap seperti merah hati, sebaliknya… untuk mengekalkan riak keremajaan agar sentiasa nampak muda meskipun usianya semakin bertambah, Ku Na lebih gemar mengenakan gincu rona merah saat menghadiri acara-acara formal manakala gincu rona blush yang warnanya seakan-akan nude untuk memenuhi acara santai.

#4 Tak Perlu “Conturing”

Boleh kata Ku Na ini memiliki bentuk pipi yang penuh. Meskipun begitu, jarang sekali terlihat beliau keluar dengan rahang yang siap dikontur seperti kebanyakan wanita lain yang seboleh-bolehnya mahu menampakkan bentuk wajah tirus.
Pokoknya, kalau mahu meniru gaya Ku Na, ada baiknya kamu kurangkan permainan warna pada bahagian pipi. Tak perlu pemerah pipi tebal dan lupakan rutin conturing untuk menyerlahkan bentuk wajah asli kamu.

#5 Fokuskan Pada Kening

Mungkin kerana itu beliau kelihatan seksi senantiasa meskipun gaya solekannya biasa-biasa. Ku Na banyak menarik perhatian sesiapa yang memandang pada bahagian keningnya. Kalau kamu perasan, setiap kali keluar, Ku Na akan memastikan bahawa keningnya dilukis rapi bahkan warna pensil kening yang dipilih juga adalah merasaskan rona paling gelap agar padan dengan warna rambutnya.

Mudah je nak ikut cara Ku Na bersolek kan? Yang penting, gaya solekan beliau memang ringkas dan tak perlu guna bayak produk pun! Hmm memang jatuh hati betul dengan keperibadian diri Tunku Tun Aminah ni kan?
Selamat beramal ❤

Comments

Popular posts from this blog

Ini Sebab Korang Kena Beli Sikat ‘Mahal’ Dan Berkualiti

Siapa disini rasa kepentingan dalam membeli sikat itu perkara yang remeh? Ya, penulis juga turut fikir apa yang anda fikirkan. Hanya sikat sahaja takkan lah perlu berhabis sehingga beratus ringgit. Apa yang terbaik untuk rambut ialah syampu dan vitamin khas, itu sahaja yang menghasilkan rambut yang tidak kusut serta bersinar. Sebenarnya…kita semua silap! Baru-baru ini penulis telah mencuba sendiri sikat dari jenama The Body Shop yang harganya tidak masuk dek akal semata-mata untuk menyisir rambut. Namun penulis perasan terdapat sedikit perubahan pada rambut dan waktu menyikat lebih senang dan tidak sakit. Pada mulanya penulis tidak mahu percaya hanya kerana sikat mahal, rambut jadi lebih okay tapi setelah melakukan berapa pembacaan tentang pemilihan sikat. Yes , ini perkara yang patut anda tahu juga tentang pentingnya sikat yang mahal dan berkualiti Kita akan dapat, apa yang kita bayar Harga sikat yang dibeli berdasarkan dari kualiti sikat yang menghasilkan gelombang ramb...

Wanista Ajar 5 Trik Genius Selfie Paling Cantik Berseri!

Cepat angkat tangan, siapa suka selfie? Sehari kalau tak selfie tak sah. Selfie langsung tak ada salahnya, cuma kadangkala anda akan ambil sehingga berpuluh-puluh atau beratus-ratus hanya untuk mendapatkan selfie yang sempurna. Tapi siapa mahu selfie yang burukkan…hurmmm… Perhati dan belajar dari beberapa bintang Korea kegemaran penulis di Instagram, ini trik genius yang mereka guna boleh anda praktik. Nescaya selepas ini ramai  follower  puji dan  like. 1.   Paling penting, jangan tinggalkan pelembap dan  primer .   Walaupun kesannya tidak kelihatan di dalam foto (seperti anda memakai bedak asas), tetapi ia membuatkan wajah tampak bermaya dan lebih segar. Sebenarnya, inilah rahsia kebanyakan selebriti yang mengambil foto selfie tanpa mekap. 2.   Jika anda mengenakan gincu, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir anda.  Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sbeelum mengenakan gincu. Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebab...