Siapa disini rasa kepentingan dalam membeli sikat itu perkara yang remeh?
Ya, penulis juga turut fikir apa yang anda fikirkan. Hanya sikat sahaja takkan lah perlu berhabis sehingga beratus ringgit. Apa yang terbaik untuk rambut ialah syampu dan vitamin khas, itu sahaja yang menghasilkan rambut yang tidak kusut serta bersinar.
Sebenarnya…kita semua silap! Baru-baru ini penulis telah mencuba sendiri sikat dari jenama The Body Shop yang harganya tidak masuk dek akal semata-mata untuk menyisir rambut.
Namun penulis perasan terdapat sedikit perubahan pada rambut dan waktu menyikat lebih senang dan tidak sakit. Pada mulanya penulis tidak mahu percaya hanya kerana sikat mahal, rambut jadi lebih okay tapi setelah melakukan berapa pembacaan tentang pemilihan sikat.
Yes, ini perkara yang patut anda tahu juga tentang pentingnya sikat yang mahal dan berkualiti
Kita akan dapat, apa yang kita bayar
Harga sikat yang dibeli berdasarkan dari kualiti sikat yang menghasilkan gelombang rambut cantik dan paling penting menjaga kesihatan rambut serta kulit kepala. Pin yang terdapat pada sikat yang berkualiti mampu mengawal minyak pada rambut serta memastikan kulit kepala seperti mendapat urutan spa. Hasil dari dua penjagaan tersebut, rambut mudah diurus dan kekal sihat.
Kualiti kebersihan
Kebersihan sikat antara perkara yang kita lupa. Sikat yang kotor boleh menyebabkan rambut lebih berminyak, berbau dan lemah. Bayangkan sikat yang tidak cuci jika dipakai berulang kali dengan pelbagai produk rambut boleh melipat kali ganda kekotoran. Lebih parah apabila menggunakan sikat yang tidak mempunyai kualiti dalam menghalang kotoran seperti habuk, hama, bakteria atau kulat. Kesan ini membuatkan iritasi kulit kepala iaitu kegatalan, luka kecil dan kelemumur.
Serius, penulis kini langsung rasa tidak menyesal atau rugi kerana membeli sebatang sikat dengan harga hampir RM100! Ia sangat menjamin kesihatan rambut dan kulit kepala.
Comments
Post a Comment