Menjaga kecantikan tidaklah sesukar mengekalkan kecantikan. Apabila sibuk menyiapkan tugasan harian, ramai wanita terlupa menjaga penampilan mereka agar kelihatan presentable setiap waktu.
Untuk itu, Tasha cadangkan kamu sediakan 7 produk kecantikan ini:-
#1 Krim Tangan
Tak kisahlah sama ada ianya losyen atau cuma krim tangan. Kamu sememangnya memerlukan agen pelembap untuk menyalurkan kelembapan intensif buat kulit. Lebih-lebih lagi dalam keadaaan suanana berpenghawa dingin dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Barulah kulit sentiasa cantik tanpa tompok kulit kering yang bisa buat kulit kelihatan mengelupas dan kusam semata.
#2 Sanitizer (Cecair Pembersih)
Bila dah ada di meja kerja, kamu pasti malas untuk bergerak banyak lebih-lebih lagi untuk keluar masuk bilik air.
Meskipun sanitizer bukanlah produk kecantikan yang dimanfaatkan untuk kejelitaan wajah, namun kegunaannya sangat penting untuk memastikan tangan bersih. Sebelum makan snek atau sebelum memegang fail-fail kamu, pastikan gosok tangan dengan sanitizer terlebih dahulu. Barulah kertas kerja tak lebam dan sebagainya.
#3 Blotting Paper
Bekerja dari pagi hingga lewat petang, lebih-lebih lagi terdedah kepada penghawa dingin membuatkan hormon kulit kamu berubah-ubah dan kadang-kala menghasilkan minyak sebum yang berlebihan. Justeru, blotting paper sangatlah diperlukan agar solekan tidak bercapuk atau kelihatan berminyak saban hari.
Bila muka kurang berminyak, jerawat pun sukar untuk tumbuh :)
#4 Minyak Wangi
Ramai di antara kita tak peka dengan hal bau badan. Tahukah kamu kebiasaannya kita tidak dapat mencium bau badan sendiri? Ini secara tidak langsung membuatkan orang lain yang berada di keliling lebih peka tentang hal itu. Untuk mengelakkan bau badan kamu yang tengik itu dihidu orang, sediakan satu wangian kegemaran di meja kerja. Sekurang-kurangnya, kamu akan berbau harum dan segar sepanjang hari.
#5 Gincu
Percaya atau tidak, olesan gincu pasti akan pudar dari masa ke masa. Ada baiknya kamu sediakan satu gincu yang warnanya sesuai dipadankan dengan semua pakaian untuk kamu menambah warna pada bibir. Tak adalah nampak pucat lesi kemudian.
#6 Syampu Kering
Bagi yang tidak bertudung, sediakan syampu kering bersama bagi mengekalkan kredibiliti rambut kamu. Dalam masa seminggu, rambut tidak akan kelihatan sempurna setiap hari betul tak? Namun, syampu kering bisa bantu mengembalikan tekstur rambut agar tidak kelihatan nipis dan berminyak apabila berpeluh atau terkena hujan tanpa diduga.
#7 Ketip Kuku & Fail
Tiba-tiba kuku patah? Jangan biarkan orang di keliling terlihat jari kamu yang ‘cacat’ tu. Sediakan pengetip kuku kecil di samping fail untuk kamu mengasah kuku jika perlu supaya jari sentiasa kelihatan rapi. Ini kerana, kalau kamu hendak tahu seseorang individu itu adalah orang yang pembersih atau pun tidak, cuba lihat keadaan kukunya dahulu. Kalau kuku panjang, kotor dan tidak terurus, itu bermakna dia adalah individu yang…?
Ha, sekarang dah tahu produk kecantikan apa yang penting untuk ditempatkan di meja kerja kamu kan? Bukan susah pun hendak jadi wanita yang paling cantik di pejabat. Sediakan 7 barang ini and you are one step closer in becoming the most prettiest person in the department!
Selamat beramal! ❤
Comments
Post a Comment