Skip to main content

Cleansing Balm VS Cleansing Oil: Mana Lagi Berkesan Tanggal Mekap Tebal?

Cleansing Balm VS Cleansing Oil: Mana Lagi Berkesan Tanggal Mekap Tebal?
Menurut penulis, jika hendak dibandingkan dengan pencuci mekap jenis cecair seperti micellar water,ada faedahnya kamu gunakan cleansing oil kerana menurut pengalaman penulis, mekap tebal lebih senang andai ditanggalkan menggunakan penghapus solekan jenis minyak.
Ini kerana minyak lebih kesan menarik segala sisa mekap yang menyerap jauh ke dalam pori kulit sekaligus menghalang pori jadi sesak dan tersumbat gara-gara tabiat kamu yanng bermekap tebal setiap hari.
Cleansing balm selalunya hadir dalam bungkusan bentuk balang sebegini, 
Namun, sejak akhir-akhir ini ramai blogger dan para guru kecantikan berkongsi pendapat sesungguhnya produk yang dipanggil Cleansing Balm itu adalah ratu kepada segala penghapus mekap kerana ianya benar-benar mampu membersih kotoran dan sisa solekan pada wajah sebersih-bersihnya tanpa meninggalkan kesan.

Apa Itu Cleansing Balm?

Teksturnya umpama krim kental, ianya bertindak lebih pantas dari cecair pembersih mekap seperti micellar water mahupun cleansing oil untuk menanggalkan mekap, baik solekan jenis ringan mahupun solekan berat sekalipun… termasuklah mekap mata seperti maskara dan eyeliner yang sukar dihilangkan.
Lihat kesan menggunakan Cleansing Balm. 
Bukan itu sahaja, Cleansing Balm juga mempunyai dua fungsi utama lain selain mencuci sisa solekan iaitu untuk bertindak sebagai pelembap dan membersihkan muka dari sisa kotoran halus seperti habuk, debu dan minyak muka. 

Faedah Guna Cleansing Balm

Untuk pengetahuan semua, wajah adalah kawasan kulit paling nipis dan sensitif, justeru penjagaan yang lembut dan rapi harus dipraktikan seperti, tidak boleh menggosok muka secara keterlaluandengan menggunakan tekanan yang kuat dikhuatiri akan menyebabkan kedutan dan sebagainya.
Dengan menggunakan Cleansing Balm, sapuan dan tekanna gosokan tangan lebih ringan dan tidak sekasar kamu menggunakan kepingan kapas yang sudah dibasahkan dengan cleansing oil mahupunmicellar water!

Cara Guna Cleansing Balm

Diambil dalam jumlah separuh camca kecil sebelum disebatinya ke tapak tangan. Kemudia sapu dan gosok perlahan pada wajah secara menyeluruh dan fokuskan pada bahagian di mana banyak mekap tertumpu seperti di kelopak mata, pipi, dahi dan di hidung sehinggalah ke kawasan dagu. Teruskan menggosok lembut balm tersebut pada kulit untuk beberapa ketika sebelum membilasnya dengan air.
Tonton Cara Menggunakan Cleansing Balm

Tiga Jenama Cleansing Balm Paling Digilai Ramai!

#1 Clinique Take the Day Off Cleansing Balm


#2 Pixi by Petra Nourishing Cleansing Balm

#3 Palmer’s Coconut Oil Formula Cleansing Balm

Jangan risau, cleansing balm memang sesuai untuk semua jenis kulit tau? Selamat mencuba! ❤

Comments

Popular posts from this blog

Ini Sebab Korang Kena Beli Sikat ‘Mahal’ Dan Berkualiti

Siapa disini rasa kepentingan dalam membeli sikat itu perkara yang remeh? Ya, penulis juga turut fikir apa yang anda fikirkan. Hanya sikat sahaja takkan lah perlu berhabis sehingga beratus ringgit. Apa yang terbaik untuk rambut ialah syampu dan vitamin khas, itu sahaja yang menghasilkan rambut yang tidak kusut serta bersinar. Sebenarnya…kita semua silap! Baru-baru ini penulis telah mencuba sendiri sikat dari jenama The Body Shop yang harganya tidak masuk dek akal semata-mata untuk menyisir rambut. Namun penulis perasan terdapat sedikit perubahan pada rambut dan waktu menyikat lebih senang dan tidak sakit. Pada mulanya penulis tidak mahu percaya hanya kerana sikat mahal, rambut jadi lebih okay tapi setelah melakukan berapa pembacaan tentang pemilihan sikat. Yes , ini perkara yang patut anda tahu juga tentang pentingnya sikat yang mahal dan berkualiti Kita akan dapat, apa yang kita bayar Harga sikat yang dibeli berdasarkan dari kualiti sikat yang menghasilkan gelombang ramb...

Wanista Ajar 5 Trik Genius Selfie Paling Cantik Berseri!

Cepat angkat tangan, siapa suka selfie? Sehari kalau tak selfie tak sah. Selfie langsung tak ada salahnya, cuma kadangkala anda akan ambil sehingga berpuluh-puluh atau beratus-ratus hanya untuk mendapatkan selfie yang sempurna. Tapi siapa mahu selfie yang burukkan…hurmmm… Perhati dan belajar dari beberapa bintang Korea kegemaran penulis di Instagram, ini trik genius yang mereka guna boleh anda praktik. Nescaya selepas ini ramai  follower  puji dan  like. 1.   Paling penting, jangan tinggalkan pelembap dan  primer .   Walaupun kesannya tidak kelihatan di dalam foto (seperti anda memakai bedak asas), tetapi ia membuatkan wajah tampak bermaya dan lebih segar. Sebenarnya, inilah rahsia kebanyakan selebriti yang mengambil foto selfie tanpa mekap. 2.   Jika anda mengenakan gincu, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir anda.  Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sbeelum mengenakan gincu. Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebab...

5 Perkara Asas Untuk Dapat Solekan Seperti Tunku Tun Aminah

Sekitar dua tahun lalu, `penulis sendiri pernah menemu bual Tunku Tun Aminah tentang rahsia kecantikan beliau. Kalau kamu nak tahu, dalam kebanyakan masa, Tunku Tun akan menyolek dirinya sendiri tau. Hebat tak? Biarpun status yang dipegangnya itu bersifat agung, Tunku Tun tak pernah sekalipun menggunakan ia sebagai alasan untuk hidup mewah senantiasa. Tak semestinya seorang puteri perlu menggunakan khidmat profesional sepanjang masa seperti yang kita selalu bayangkan. Selain menjadi seorang yang merendah diri, ini lima (5) perkara asas yang kamu perlu praktikan bagi mendapat hasil solekan persis si Puteri Johor. #1  Anggap Kulit Sebagai Kanvas  Beli mekap mahal-mahal tapi kulit kamu berparut dan tidak terjaga? Itu merugikan diri namanya. Menurut Tunku Tun sendiri atau lebih senang dipanggil Ku Na… penjagaan kulit adalah yang paling utama kalau mahu diri kelihatan cantik senantiasa. Untuk menjaga kulit menurut Ku Na, beliau tidak mengamalkan sebarang petua pun tetapi ...