Skip to main content

Elok Ke Pakai Moisturiser Lebih Daripada Dua Kali Sehari?

Elok Ke Pakai Moisturiser Lebih Daripada Dua Kali Sehari?
Jelitawan Elizabeth Hurley dalam satu temu bual bersama Woman & Home, mendedahkan bahawa dia tidak hanya melembapkan wajah pagi dan malam sahaja tetapi berbuat demikian sekerap yang mungkin – pagi, tengah hari, petang dan malam.

“Saya obses dengan moisturiser. Saya akan melembapkan muka saya kira-kira enam kali sehari, bahkan adakalanya sampai 10 kali sehari,” jelasnya.
Tapi persoalannya elok ke pakai moisturiser sekerap mungkin?
Pakar Shari Marchbein, seorang ahli dermatologi dari New York City menerangkan keberkesanan menggunakan pelembap lebih daripada dua kali sehari.
“Ahli dermatologi mencadangkan melembap kulit setiap kali selepas menggunakan pembersih, yang biasanya pagi dan petang. Pelembap itu harus digunakan pada kulit lembap untuk hasil terbaik.

Walaupun melembap berlebihan kedengaran mustahil kerana dikhuatiri merosakkan kulit tapi Marchbein menekankan ia tidak mudarat jika anda tahu pelembap yang sesuai untuk jenis kulit.
“Sekiranya anda mempunyai kulit kering, anda mungkin perlu melembapkan lebih kerap pada siang hari daripada seseorang yang mempunyai kulit yang berminyak atau kombinasi. Lebih-lebih lagi ketika musim luruh dan sejuk kerana berlaku perubahan suhu, ” katanya.
Tetapi itu tidak bermakna anda perlu mula melakukan rutin melembap, Marchbein memberi amaran jika pelembap mempunyai banyak minyak atau noncomedogenic, maka ia hanya menyebabkan liang pori tersumbat dan jerawat.

Jadi sebaiknya anda tahu jenis kulit dan pelembap yang sesuai. Lagi satu kalau rasa sangsi, memadai pakai dua kali sehari, pagi dan malam saja. 

Comments

Popular posts from this blog

Ini Sebab Korang Kena Beli Sikat ‘Mahal’ Dan Berkualiti

Siapa disini rasa kepentingan dalam membeli sikat itu perkara yang remeh? Ya, penulis juga turut fikir apa yang anda fikirkan. Hanya sikat sahaja takkan lah perlu berhabis sehingga beratus ringgit. Apa yang terbaik untuk rambut ialah syampu dan vitamin khas, itu sahaja yang menghasilkan rambut yang tidak kusut serta bersinar. Sebenarnya…kita semua silap! Baru-baru ini penulis telah mencuba sendiri sikat dari jenama The Body Shop yang harganya tidak masuk dek akal semata-mata untuk menyisir rambut. Namun penulis perasan terdapat sedikit perubahan pada rambut dan waktu menyikat lebih senang dan tidak sakit. Pada mulanya penulis tidak mahu percaya hanya kerana sikat mahal, rambut jadi lebih okay tapi setelah melakukan berapa pembacaan tentang pemilihan sikat. Yes , ini perkara yang patut anda tahu juga tentang pentingnya sikat yang mahal dan berkualiti Kita akan dapat, apa yang kita bayar Harga sikat yang dibeli berdasarkan dari kualiti sikat yang menghasilkan gelombang ramb...

Wanista Ajar 5 Trik Genius Selfie Paling Cantik Berseri!

Cepat angkat tangan, siapa suka selfie? Sehari kalau tak selfie tak sah. Selfie langsung tak ada salahnya, cuma kadangkala anda akan ambil sehingga berpuluh-puluh atau beratus-ratus hanya untuk mendapatkan selfie yang sempurna. Tapi siapa mahu selfie yang burukkan…hurmmm… Perhati dan belajar dari beberapa bintang Korea kegemaran penulis di Instagram, ini trik genius yang mereka guna boleh anda praktik. Nescaya selepas ini ramai  follower  puji dan  like. 1.   Paling penting, jangan tinggalkan pelembap dan  primer .   Walaupun kesannya tidak kelihatan di dalam foto (seperti anda memakai bedak asas), tetapi ia membuatkan wajah tampak bermaya dan lebih segar. Sebenarnya, inilah rahsia kebanyakan selebriti yang mengambil foto selfie tanpa mekap. 2.   Jika anda mengenakan gincu, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir anda.  Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sbeelum mengenakan gincu. Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebab...

5 Perkara Asas Untuk Dapat Solekan Seperti Tunku Tun Aminah

Sekitar dua tahun lalu, `penulis sendiri pernah menemu bual Tunku Tun Aminah tentang rahsia kecantikan beliau. Kalau kamu nak tahu, dalam kebanyakan masa, Tunku Tun akan menyolek dirinya sendiri tau. Hebat tak? Biarpun status yang dipegangnya itu bersifat agung, Tunku Tun tak pernah sekalipun menggunakan ia sebagai alasan untuk hidup mewah senantiasa. Tak semestinya seorang puteri perlu menggunakan khidmat profesional sepanjang masa seperti yang kita selalu bayangkan. Selain menjadi seorang yang merendah diri, ini lima (5) perkara asas yang kamu perlu praktikan bagi mendapat hasil solekan persis si Puteri Johor. #1  Anggap Kulit Sebagai Kanvas  Beli mekap mahal-mahal tapi kulit kamu berparut dan tidak terjaga? Itu merugikan diri namanya. Menurut Tunku Tun sendiri atau lebih senang dipanggil Ku Na… penjagaan kulit adalah yang paling utama kalau mahu diri kelihatan cantik senantiasa. Untuk menjaga kulit menurut Ku Na, beliau tidak mengamalkan sebarang petua pun tetapi ...