Setiap wanita inginkan kulit yang cantik dan bersih…
Selain melakukan rejim kecantikan setiap hari, tahukah kamu bahawa rutin terbaik untuk merawat kulit dilakukan pada maktu malam?
Ini kerana semasa tidur pada waktu malam, kulit akan bekerja dan tumbuh semula. Sel-sel kulit yang mati dan rosak akan digantikan dengan yang baru. Agar proses berjalan dengan sempurna, anda dinasihatkan supaya melakukan salah satu petua ini.
Air minuman sememangnya rahsia kecantikan kulit. Bukan sahaja dari luar, kelembapan kulit juga perlu dijaga dari dalam. Untuk itu, minum segelas air sebelum tidur. Air boleh membantu meneutralkan garam dan bahan-bahan yang tidak sihat dalam makanan yang anda makan, sehingga kulit dilindungi. Dengan melakukan rutin ini secara teratur, kulit akan sentiasa terlihat cantik dan sihat.
Tidur cukup dan nyenyak adalah rahsia utama untuk rahsia kulit sempurna. Pastikan waktu tidur cukup dan elak membiarkan lampu kerana ia boleh merangsang kerja hormon yang menjana semula sel-sel badan.
Selamat Beramal!
Comments
Post a Comment