Skip to main content

Si Kulit Berjerawat Lebih Baik Pakai BB Cushion Berbanding Foundation

Si Kulit Berjerawat Lebih Baik Pakai BB Cushion Berbanding Foundation
Siapa yang mempunyai masalah jerawat mungkin tahu betapa peritnya hendak mengangkat muka untuk berjumpa dengan orang ramai. Sehingga ada satu tahap terpaksa mengoles foundation dengan tebal kononnya untuk tutup kesan jerawat. Namun cara begitu boleh memberi kesan yang lagi teruk pada kulit. Kemungkinan formula berat foundation menyumbatkan pori-pori dan beri iritasi pada bahagian kulit yang bermasalah.
Jadi sebenarnya apa boleh buat? Iyalah..rutin penjagaan kulit sudah dijaga rapi bagaimana pula kalau hendak bersolek? Takkanlah tiada base seperti foundation..eiii buruk!
Jawapannya, anda perlu bertukar foundation kepada BB cushions.
Rupanya mereka yang mempunyai masalah jerawat bermanfaat menyapu BB cushion. Ini alasannya… 

Tekstur ringan

Formulasi BB cushion lebih ringan dan halus berbanding foundation. Kesan dari itu si pemakai lebih mudah mencuci mekap sekaligus tidak meninggalkan sebarang kesan pori-pori tersumbat. Jangan risau kebanyakan BB cushion yang dijual boleh diubah suai coverage pada natural to medium.

 Kebaikan dalam satu kompak

Sama seperti foundationBB cushion juga mempunyai perlindungan matahari dan mampu menutup noda pada wajah anda. Namun apa yang lagi menarik, ia ditambah kebaikan memberi kelembapan dan merawat masalah kulit seperti acne-prone kerana BB cushion bebas minyak (oil-free).

Pelbagai pilihan

BB Cushion menawarkan pelbagai pilihan khusus untuk manfaat si kulit pemakai. Ada yang untuk mencerahkan, mengecilkan pori-pori, mengurangkan penuaan, membaiki semula tekstur kulit dan banyak lagi! Jadi anda bukan sahaja terlihat cantik natural tapi dalam pada yang sama memperbaiki kulit anda dari setiap pemakaian.

Walaubagaimanapun, BB cushion juga ada kekurangan
Sehingga kini produk BB cushion tidak mesra pelanggan yakni tidak mempunyai tona yang cukup. Paling kurang hanya ada lima tona sahaja yang ditawarkan. Tidak semua orang boleh merasai kebaikan BB cushion dan kelihatan natural cantiknya.

Diharap lebih banyak lagi jenama mengeluarkan produksi rona BB cushion.
Apa pendapat anda? Mahu bertukar pada BB cushion atau masih peminat foundation.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Sebab Korang Kena Beli Sikat ‘Mahal’ Dan Berkualiti

Siapa disini rasa kepentingan dalam membeli sikat itu perkara yang remeh? Ya, penulis juga turut fikir apa yang anda fikirkan. Hanya sikat sahaja takkan lah perlu berhabis sehingga beratus ringgit. Apa yang terbaik untuk rambut ialah syampu dan vitamin khas, itu sahaja yang menghasilkan rambut yang tidak kusut serta bersinar. Sebenarnya…kita semua silap! Baru-baru ini penulis telah mencuba sendiri sikat dari jenama The Body Shop yang harganya tidak masuk dek akal semata-mata untuk menyisir rambut. Namun penulis perasan terdapat sedikit perubahan pada rambut dan waktu menyikat lebih senang dan tidak sakit. Pada mulanya penulis tidak mahu percaya hanya kerana sikat mahal, rambut jadi lebih okay tapi setelah melakukan berapa pembacaan tentang pemilihan sikat. Yes , ini perkara yang patut anda tahu juga tentang pentingnya sikat yang mahal dan berkualiti Kita akan dapat, apa yang kita bayar Harga sikat yang dibeli berdasarkan dari kualiti sikat yang menghasilkan gelombang ramb...

Wanista Ajar 5 Trik Genius Selfie Paling Cantik Berseri!

Cepat angkat tangan, siapa suka selfie? Sehari kalau tak selfie tak sah. Selfie langsung tak ada salahnya, cuma kadangkala anda akan ambil sehingga berpuluh-puluh atau beratus-ratus hanya untuk mendapatkan selfie yang sempurna. Tapi siapa mahu selfie yang burukkan…hurmmm… Perhati dan belajar dari beberapa bintang Korea kegemaran penulis di Instagram, ini trik genius yang mereka guna boleh anda praktik. Nescaya selepas ini ramai  follower  puji dan  like. 1.   Paling penting, jangan tinggalkan pelembap dan  primer .   Walaupun kesannya tidak kelihatan di dalam foto (seperti anda memakai bedak asas), tetapi ia membuatkan wajah tampak bermaya dan lebih segar. Sebenarnya, inilah rahsia kebanyakan selebriti yang mengambil foto selfie tanpa mekap. 2.   Jika anda mengenakan gincu, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir anda.  Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sbeelum mengenakan gincu. Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebab...

5 Perkara Asas Untuk Dapat Solekan Seperti Tunku Tun Aminah

Sekitar dua tahun lalu, `penulis sendiri pernah menemu bual Tunku Tun Aminah tentang rahsia kecantikan beliau. Kalau kamu nak tahu, dalam kebanyakan masa, Tunku Tun akan menyolek dirinya sendiri tau. Hebat tak? Biarpun status yang dipegangnya itu bersifat agung, Tunku Tun tak pernah sekalipun menggunakan ia sebagai alasan untuk hidup mewah senantiasa. Tak semestinya seorang puteri perlu menggunakan khidmat profesional sepanjang masa seperti yang kita selalu bayangkan. Selain menjadi seorang yang merendah diri, ini lima (5) perkara asas yang kamu perlu praktikan bagi mendapat hasil solekan persis si Puteri Johor. #1  Anggap Kulit Sebagai Kanvas  Beli mekap mahal-mahal tapi kulit kamu berparut dan tidak terjaga? Itu merugikan diri namanya. Menurut Tunku Tun sendiri atau lebih senang dipanggil Ku Na… penjagaan kulit adalah yang paling utama kalau mahu diri kelihatan cantik senantiasa. Untuk menjaga kulit menurut Ku Na, beliau tidak mengamalkan sebarang petua pun tetapi ...