Siapa yang mempunyai masalah jerawat mungkin tahu betapa peritnya hendak mengangkat muka untuk berjumpa dengan orang ramai. Sehingga ada satu tahap terpaksa mengoles foundation dengan tebal kononnya untuk tutup kesan jerawat. Namun cara begitu boleh memberi kesan yang lagi teruk pada kulit. Kemungkinan formula berat foundation menyumbatkan pori-pori dan beri iritasi pada bahagian kulit yang bermasalah. Jadi sebenarnya apa boleh buat? Iyalah..rutin penjagaan kulit sudah dijaga rapi bagaimana pula kalau hendak bersolek? Takkanlah tiada base seperti foundation ..eiii buruk! Jawapannya, anda perlu bertukar foundation kepada BB cushions . Rupanya mereka yang mempunyai masalah jerawat bermanfaat menyapu BB cushion . Ini alasannya… Tekstur ringan Formulasi BB cushion lebih ringan dan halus berbanding foundation. Kesan dari itu si pemakai lebih mudah mencuci mekap sekaligus tidak meninggalkan se...